Friday, April 29, 2016

Tuhan Yesus Mengusir Roh Jahat


Bacaan Injil:

21Yesus dan pengikut-pengikutNya tiba di kota Kapernaum. Pada hari Sabat berikutnya, Yesus pergi ke rumah ibadat dan mula mengajar. 22 Semua orang yang mendengar Dia kagum dengan cara Dia mengajar, kerana Dia mengajar dengan kewibawaan, tidak seperti guru Taurat. 23 Pada waktu itu seorang yang dirasuk roh jahat masuk ke dalam rumah ibadat dan berseru, 24“Engkau mahu buat apa dengan kami, hai Yesus, orang Nasaret? Adakah Engkau mahu membinasakan kami? Aku tahu siapa engkau: Engkau utusan yang suci daripada Allah!” 25 Yesus menengking roh itu, “Diam! Keluarlah daripada orang ini!” 26 Roh jahat itu menggoncangkan badan orang itu dengan kuat-kuat, lalu keluar dari orang itu sambil berteriak. 27 Semua orang sangat hairan sehingga mereka bercakap sesama sendiri, “Apakah ini suatu ajaran baru? Orang ini berkuasa memerintah roh jahat dan roh jahat taat kepada-Nya!” 28 Demikianlah berita tentang Yesus tersebar cepat ke seluruh negeri Galilea. (Markus 1:21-28)

Khutbah:
Rumah ibadat adalah tempat sembahyang orang Yahudi. Di sini kamu boleh nampak imam berdoa, orang Farisi yang memakai jubah dan umat-umat Judaisme yang datang menyembah Tuhan. Dari bacaan tadi, kami dapati Yesus pergi rumah ibadat menyembah Allah Bapa, dan juga memberi Khutbah kepada jemaah. Apabila Tuhan Yesus mengajar, orang yang mendengar berasa kagum sebab ajrannya tidak sama dengan orang lain. Apa yang dicakap oleh Yesus penuh dengan kuasa dan kewibawaan. Bukan sahaja ia menggoncangkan hati manusia, tetapi ia juga menggoncangkan hantu yang rasuk seorang pada masa itu.

Mengapa ajaran Yesus boleh menggoncangkan hati orang? Ini adalah kerana Yesus diutuskan oleh Allah Bapa untuk mengkhabarkan berita baik. Kandungan berita baik ini adalah berkenaan pemerintahan Tuhan dan kerajaanNya yang akan muncul pada satu hari nanti. Ajaran Tuhan Yesus tidak sama dengan orang di dunia ini. Orang biasa hanya tahu cakap apa yang wujud di dunia ini dan tidak lebih daripada itu. Akan tetapi, Tuhan Yesus cakap tentang apa yang tak dapat dilihat dalam dunia ini, tetapi yang akan wujud pada masa akan datang. Cara Yesus mengajar mudah difaham. Dia menggunakan benda yang dapat dilihat di dunia ini untuk menerangkan benda yang tidak dapat dilihat di syurga Tuhan. Oleh Kerana ajaran Yesus adalah terus daripada Tuhan, maka firma Allah penuh dengan kuasa sampai satu tahap hantu yang rasuk manusia pun tidak tertahan, ia buat kacau dan Tuhan Yesus suruh ia keluar daripada orang itu.

Saya masih ingat 20 tahun yang lalu, saya pergi sebuah gereja untuk berbakti. Selepas padre habis memberi khutbah, dia pun berdoa. Pada masa itu, saya dengar suatu bunyi yang kuat dan bising, ada seorang pemuda jatuh dari kerusi. Saya berasa hairan dan buka mata. Saya nampak seorang pemuda terbaring di atas lantai dan pusing badannya seperti seekor ular. Pada masa yang cemas ini, padre tahu ini adalah kerja Syaitan dan dia pun suruh semua orang berdoa. Dengan hati yang berdebar, saya berdoa bersama-sama dalam nama Tuhan Yesus dan menyuruh roh jahat itu keluar dan tidak boleh masuk badan sesiapa pun. Pada masa itu, saudara-saudara berdoa dengan semangat  yang kuat.

Ya, Kristian hari ini bukan sahaja mempunyai hak istimewa menjadi anak-anak Tuhan, tetapi Dia juga memberikan kuasa untuk menghalau roh jahat ataupun Syaitan dari muka bumi ini. Yang penting, kita mesti sentiasa mengamalkan hidup suci sebagai seorang Kristian, membaca firma Allah dan berdoa supaya kita berdekat dengan Yesus setiap hari. Hanya dalam keadaan ini, kita akan menjadi seorang yang kuat dalam iman, tidak takut apa-apa pun termasuk roh jahat, hantu ataupun Syaitan. Kalau kita tidak mengamalkan kehidupan Kristian yang suci, kita akan berasa Yesus jauh daripada kita. Dengan keadaan begini, kita tidak akan memperolehi kuasa dari Tuhan untuk menghalau Syaitan, sebab ia tidak takut dengan kita. Sebaliknya, kita sendiri yang takut akan kerja Syaitan. Saya harap kehidupan kita semua adalah suci, mempunyai kuasa daripada Tuhan untuk memenangi kuasa Syaitan dan bukan takut kepadanya.

Dari firma Allah yang kita baca tadi, kita ketahui bahwa orang yang dirasuk hantu itu hidup seperti orang biasa. Dia boleh makan dan minum, boleh berjalan di dalam pekan, seperti kamu and saya. Akan tetapi, dia telah hilang kebebasan dalam rohaninya. Ada kala, dia cakap cerita yang bukan-bukan dan buat perkara yang tidak siuman. Ini menunjukkan hidupnya telah dikuasai oleh Syaitan. Macam mana kehidupan kita hari ini? Adakah kita mempunyai kebebasan rohani dalam hati kita. Bolehkah kita dapat menikmati segala keamanan dan kegembiraan yang diberikan oleh Tuhan? Kalau ada, kita bersyukurlah kepada Tuhan, dan berdoa kepada Yesus supaya kita dapat meneruskan kebebasan rohani ini. Jangan menjauhi kita daripada Tuhan. Sebab bagi orang yang jauh dari Tuhan, ada kemungkinan besar dia menghadapi kacau-bilau dalam hidupnya, bukan sahaja dari segi fisikal tetapi juga rohani. Orang sebegini tidak akan berasa aman dan gembira. Dia akan mengalami penderitaan dalam hidupnya pada suatu hari nanti.   


Harap Tuhan membuka mata kita supaya kita dapat lihat kebebasan rohani Kristian adalah berasal dari Tuhan sendiri. Kuasa Tuhan telah menghalau kuasa Syaitan dan Iblis daripada hidup kita. Oleh itu, kita mesti mengekalkan kebebasan rohani ini melalui membaca firman Tuhan, berdoa kepada Yesus dan datang berbakti di rumah Tuhan. Dengan cara ini, kita dapat kuasa Tuhan untuk mengkhabarkan berita baik kepada orang lain dan menghalau kuasa Syaitan daripada orang-orang yang dikuasainya!