Wednesday, June 29, 2016

Yesus Menyembuhkan Ibu Mentua Petrus

Bacaan Injil: 
29 Yesus dan pengikut-Nya, termasuk Yakobus dan Yohanes, meninggalkan rumah ibadat itu lalu terus pergi ke rumah Simon dan Andrea. 30 Ibu mentua Simon sedang terbaring di tempat tidur kerana demam. Apabila Yesus tiba di situ, Dia diberitahukan hal itu. 31Yesus menghampiri ibu mentua Simon, memegang tangannya lalu menolong dia bangun. Demamnya hilang dan dia pun mula melayani mereka.

Khutbah:
Sebelum saya diutuskan oleh Biskop Lim ke Johor untuk pelayanan gereja, saya pernah melayani Gereja Christ Church dan jemaah Kem Terendak selama setahun. Saya masih ingat pada tahun 2006, seorang anggota gereja bertanya bolehkah  melawati kawannya? Dengan segera saya jawap boleh walaupun saya sibuk, kita harus meluangkan masa untuk orang lain terutamanya orang yang perlukan Tuhan Yesus!

Apabila tibanya masa yang ditetapkan, saya pun pergi melawati kawan saudari itu. Saya agak terharu melihat keadaan kawan saudari, dia adalah seorang wanita tua yang berumur 72 tahun. Oleh kerana sakit badan yang berpanjangan, dia terpaksa terbaring di atas kerusi di dalam biliknya. Mukanya pucat dan tidak bersemangat, tangan dan kakinya bengkak, tidak boleh berjalan, disebabkan sakit kencing manis yang serius!    

Semasa bertemu, ucapan yang dia berikan kepada saya bukan “Selamat Pagi”, tetapi kata-kata yang sedih dan negatif “Saya sudah tua, banyak sakit, tidak berguna.” Melihat keadaan begini, saya ketahui orang tua ini telah hilang semangat hidup, walaupun dia sembah dan beri doa kepada satu patung berhala di rumahnya, tetapi dia tidak dapat keamanan jiwa dan makna dalam kehidupannya. Saya mengambil kesempatan mengkhabarkan berita baik kepada dia.

Saya cakap tentang kasih Tuhan, bagaimana Tuhan Yesus datang ke dunia ini untuk menyelamatkan manusia, dan pada masa akan datang kita akan bersama-sama Tuhan di Syurga, di sana kita akan menikmati hidup kekal dan abadi. Syurga adalah suatu tempat yang penuh dengan cahaya Tuhan dan kegembiraan rohani. Di situ tiada kegelapan, tiada kesakitan, tiada kesusahan, tiada tangisan dan keluhan yang kita alami di dunia ini.

Setelah berkongsi firma Tuhan selama setengah jam, saya mengajak wanita itu mempercayai Tuhan Yesus, dia membalas dengan hati yang terbuka. Saya memimpinnya dalam doa bertaubat, saya berdoa satu ayat, dia pun mengikut satu ayat. Selepas doa, wanita itu kata hatinya berasa  amat senang dan gembira, tidak pernah mengalami perasaan yang manis sebelum ini. Saya tumpang gembira dengan dia dan bersyukur kepada Tuhan sebab Roh Kudus telah mengerjakan motivasi dalam hatinya. Dia berazam datang berbakti di gereja Christ Church dan dibaptiskan oleh Padre.

Saudari yang saya sebut tadi mempunyai peluang untuk mempercayai Tuhan Yesus adalah kerja Roh Kudus. Selain daripada itu, saudari gereja saya pun memainkan peranan yang penting dalam penyelamatan kawannya. Jika saudari gereja tidak meluangkan masa untuk menjenguk kawannya, dia akan terbaring di kerusinya sehingga hari yang terakhir sekali.

Dari petikan Injil yang kita baca tadi, kita mendapati bahwa Simon Petrus membawa Tuhan Yesus ke rumah ibu mentuanya yang sakit teruk. Ini adalah satu tindakan yang wajar dan mustahak. Tuhan Yesus bukan sahaja kasihkan pengikut-pengikut-Nya, Dia juga kasihkan semua ahli keluarga pengikut-Nya dan suadara-saudara pengikut sendiri. Kita mesti tahu Allah Bapa telah janjikan dalam Firman-Nya, “Apabila anda mempercayai Yesus, seisi keluarga anda akan diselamatkan.” Dengan janji Allah ini, ibu mentua Petrus menjadi seorang wanita yang diberkati Tuhan, badan yang sakit dapat disembuhkan dan rohnya juga diselamatkan oleh Tuhan Yesus.

Sekarang ibu mentua Petrus penuh dengan semangat sebab dia mempunyai hidup kekal dan abadi dari saat itu. Semasa dia sakit, dia hanya boleh dilayankan oleh orang lain. Akan tetapi, setelah dia disembuhkan oleh Tuhan Yesus, dia terus bangun dan terus pergi ke dapur menyediakan makanan dan minuman untuk Yesus dan pengikut-Nya. Ini adalah suatu contoh yang baik. Padahal ibu mentua Petrus boleh pesan orang di rumah melayan tetamu, sebab dia baru pulih dari demam dan perlu rehat yang secukupnya. Dia tahu melayani Tuhan adalah suatu perkara yang bermakna dan penuh dengan kegembiraan.    

Bacaan Injil pagi ini memang memberi galakan dan motivasi kepada kita semua. Tuhan Yesus bukan sahaja sayangkan kita, Dia juga sayangkan saudara kita, kawan kita, jiran kita dan sebagainya. Marilah kita mengikuti contoh Petrus bagaimana dia mengajak Yesus ke rumah ibu mentuanya, mengharapkan Yesus mengkhabarkan berita baik kepadanya. Kami bersyukur kepada Allah Bapa, bukan sahaja ibu mentua Petrus disembuhkan serta mendapat hidup kekal dan abadi, dia juga merebut peluang untuk melayani Tuhan Yesus.

Saya berharap Roh Kudus menggunakan pengalaman ibu mentua Petrus sebagai satu dorongan, supaya iman kami dapat diperkukuhkan, sudi mengajak kawan-kawan, jiran-jiran dan saudara-saudara kami yang belum mempercayai Tuhan Yesus ke gereja ini. Dengan semangat ini, kami percaya pada suatu hari nanti, Tuhan akan memberkati gereja ini, membawa lebih orang lagi ke sini, supaya kita mempunyai peluang untuk melayani mereka. Amin!