Bacaan Injil:
11 Dalam perjalanan ke Yerusalem, Yesus melalui sempadan
Samaria dan Galilea. 12 Apabila Dia memasuki sebuah pekan, sepuluh orang
berpenyakit kulit yang mengerikan datang menjumpai Dia. Mereka berdiri dari
jauh 13 dan berseru, “Yesus! Tuan! Kasihanilah kami!” 14 Yesus melihat mereka
lalu berkata, “Pergilah dan mintalah imam mengesahkan kesembuhan kamu.” Dalam
perjalanan ke sana mereka sembuh. 15 Ketika seorang daripada mereka sedar bahwa
dia sudah sembuh, dia berpatah balik sambil memuji Allah dengan suara yang
kuat. 16 Dia sujud di hadapan Yesus dan mengucapkan terima kasih kepada-Nya.
Orang itu orang Samaria. 17 Yesus berkata, “Bukankah sepuluh orang yang
disembuhkan? Di manakah yang sembilan lagi? 18 Mengapakah orang bangsa asing
ini sahaja yang kembali untuk bersyukur kepada Allah?” 19 Lalu Yesus berkata
kepada orang itu, “Bangunlah dan pergilah, kamu sembuh kerana lamu percaya
kepada-Ku.” (Lukas 17:11-19)
Khutbah:
Bekas presiden Amerika Syarikat Barrack Obama melawat ke
Malaysia pada tahun 2015. Rakyat serata negara menumpukan perhatian kepadanya, kerajaan
kita membekalkan sekuriti yang ketat untuknya, sebab Obama merupakan seorang pemimpin negara yang terpengaruh di dunia ini. Amerika Syarikat bukan sahaja satu negara
yang besar, kuat dan canggih, tetapi ia juga satu negara yang penuh dengan
peristiwa yang ganjil dan pelik!
Saya masih ingat beberapa tahun yang lepas, ada seorang
jutawan negara itu membela dua ekor anjing, satu jantan dan satu betina. Pada
suatu hari, orang kaya ini mempunyai fikiran yang ganjil, dia mengahwinkan
kedua-dua ekor anjingnya dengan satu acara yang luarbiasa. Dia pesan tukang
jahit menyediakan pakaian pengantin untuk anjingnya, menjemput seorang MC untuk
melancarkan acara perkahwinan dan menjemput kumpulan muzik untuk memeriahkan
suasana hari perkahwinan anjingnya.
Apabila tiba masanya, jutawan mengajak semua kawannya
menghadiri majlis perkahwinan. Semua orang menyaksikan dua ekor anjing bertukar
cincin sebagai tanda cinta selama-lamanya. Selepas upacara disempurnakan, semua
tetamau dijemput menghadiri kenduri. Untuk maklumat kamu, jutawan ini belanja
US$30,000 (Wang Amerika) untuk perkahwinan anjingnya. Jika US$30,000 ditukarkan
kepada Ringgit Malaysia,ia adalah satu jumlah yang besar, yang cukup untuk
perbelanjaan saya selama tiga tahun.
Mungkin kita akan tanya macam mana jutawan ini bazir wang
untuk perkahwinan binatang dan untuk bukan untuk perkahwinan manusia. Di
Amerika, ramai orang suka membela anjing sebagai teman yang setia. Bagi mereka,
anjing lebih baik daripada manusia. Saya masih ingat ada seorng ibu maki
anaknya begini, “Lebih baik saya bela seekor anjing daripada awak!” Ini memang
satu kenyataan yang mendukakan hati ibu itu, kerana anaknya bersifat degil dan
enggan mendengar nasihatnya. Ini menunjukkan betapa kecewanya hati seorang ibu!
Jarang sekali kita bandingkan anak kita dengan seekor
anjing, ini memang satu perumpamaan yang tidak seimbang. Akan tetapi, sebagai
seorang manusia, kalau kita tidak tahu berterima kasih kepada ibu bapa yang
sudi korban untuk keluarga, kelakuaan kita adalah lebih teruk daripada seekor
anjing. Walaupun anjing adalah haiwan, ia tidak boleh cakap seperti manisia, ia
tidak boleh senyum, ia tidak boleh respon seperti kita. Tetapi apabila kamu
berikan makanan kepada anjing, ia akan goyangkan ekornya tidak terhenti-henti. Ini
adalah satu isyarat ataupun bahasa anjing, dengan menggoyangkan ekornya, anjing
seakan-akan berkata kepada kita: “Terima Kasih”, “Thank You” “Arikata!” Ini
adalah cara anjing bercakap terima kasih kepada tuannya.
Dari bacaan Injil tadi, kita dapat tahu ada orang yang
tidak tahu mengucap shukur ataupun berterima kasih atas berkat yang diberikan
oleh Tuhan Bapa. Yesus telah menyembuhkan 10 orang yang berpenyakit kulit. Akan
tetapi, hanya seorang sahaja yang berpatah balik untuk mengucap terima kasih
kepada-Nya. Yang lain telah hilang sekali, entah mana mereka pergi! Mungkin
mereka balik kampung untuk berjumpa ibubapa mereka. Ataupun telah pergi
merayakan persembuhan mereka di kedai kopi ataupun restoran dengan kawan-kawan.
Ataupun pergi mencari seorang bini yang cantik untuk berkahwin. Ada banyak program
mereka bolah jalankan. Tentu apa yang mereka buat setelah persembuhan adalah
mustahak!
Akan tetapi, tiada suatu perkara yang lebih mustahak
daripada bersyukur kepada Tuhan. Pada pendapat saya, sembilan orang ini tidak
tahu ucap syukur kepada Tuhan, mereka adalah manusia yang tidak mengenang budi
jika dibandingkan dengan anjing. Kita semua tahu anjing tahu berterima kasih atas makanan yang diberikan
oleh tuannya. Tetapi sembilan orang ini tidak tahu berucap syukur kepada Tuhan.
Walaupun begitu, Yesus tidak maki mereka, Dia hanya mengeluh di depan orang
ramai. Yesus berkata, “Bukankah sepuluh orang yang disembuhkan? Di manakah yang sembilan lagi? Mengapakah
orang bangsa asing sahaja yang kembali untuk bersyukur kepada Tuhan?”
Saudara saudari sekalian, sembilan orang itu adalah orang
Yahudi, mereka ini ialah umat Tuhan, bangsa yang terpilih oleh-Nya .
Sebenarnya, mereka telah tahu sejak nenek moyang dahulu bersyukur adalah
kewajipan dalam kehidupan setiap hari. Akan teetapi, mereka tidak berbuat
begitu. Adakah mereka ini berpendapat bahwa menerima berkat daripada Tuhan
adalah percuma, suatu perkara yang biasa sahaja, suatu benda yang Tuhan harus
bagi dalam kehidupan mereka. Tuhan bagi saya segala kebaikan, terimalah sahaja,
jangan segan! Ini adalah suatu perangai yang tidak harus berlaku di kalangan
umat-Nya!
Sebaliknya, pesakit kulit yang bukan Yahudi itu tahu
bersyukur kepada Yesus setelah sakitnya disembuhkan. Ini adalah suatu perkara
yang amat ganjil. Yesus memuji dia dan berkata, “Bangunlah dan pergilah, kamu
sembuh kerana kamu percaya kepadaKu.” Orang ini bukan sahaja mendapat
persembuhan badan, tetapi dia mendapat berkat yang amat besar daripada Yesus sendiri. Ini bermakna orang asing ini
mendapat berkat yang dua kali ganda, iaitu transformasi jasmani dan kekuatan
iman. Berkat ini amat mustahak. Ia hanya diberikan kepada orang yang tahu
bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan dan bukan untuk orang yang hanya
mementingkan diri sendiri!
Saudara saudari sekalian, bersyukur kepada Tuhan adalan
satu kelakuan ataupun akhlak mulia (sifat baik) yang diajarkan di Alkitab kita.
Harap kita semua akan melaksanakan akhlak mulia ini dalam kehidupan sebagai
seorang Kristian. Kita bersyukur kepada Tuhan, sebab Dia adalah punca segala
berkat kepada manusia. Ya, apa yang kita nikmati sekarang adalah dikurniakan
oleh-Nya. Ini termasuk keluarga kita, anak-anak kita, pekerjaan kita, gaji
kita, harta benda kita, rumah kita...ya segala-galanya termasuk juga masa, kesihatan
dan nyawa kita. Semua ini adalah berkat dan kurnia daripada Tuhan.
Sebagai satu respon kepada kasih Tuhan, kita harus ucap
syukur melalui aksi ataupun tindakan kita. Banyak tindakan yang boleh dibuat
seperti meluangkan masa untuk berdoa, membaca Alkitab dan memuji Tuhan setiap
hari. Mengambil bahagian dalam pelayanan untuk Tuhan dalam gereja. Memberi sumbangan
satu per sepuluh kepada gereja supaya Kerajaan Tuhan dapat dikembangkan, lebih
banyak orang lagi dapat memasuki Kerajaan Tuhan. Hari ini, jika kita berhasrat mendapat berkat yang berkali ganda daripada Tuhan, janganlah ikut contoh
sembilan orang yang dapat sembuh. Ikutlah contoh orang yang berpatah balik
itu, yang tahu mengambil tindakan mengucap syukur kepada Tuhan. Akhirnya, dia
mendapat berkat yang dua kali ganda. Semoga Tuhan Yesus membuka mata kita,
supaya kita dapat lihat berkat yang tulin dan menghabiskan hayat kita untuk memperolehi
hidup sejati dan kekal.
No comments:
Post a Comment