Bacaan Injil:
21Yesus dan pengikut-pengikutNya tiba di kota Kapernaum.
Pada hari Sabat berikutnya, Yesus pergi ke rumah ibadat dan mula mengajar. 22
Semua orang yang mendengar Dia kagum dengan cara Dia mengajar, kerana Dia
mengajar dengan kewibawaan, tidak seperti guru Taurat. 23 Pada waktu itu
seorang yang dirasuk roh jahat masuk ke dalam rumah ibadat dan berseru, 24“Engkau
mahu buat apa dengan kami, hai Yesus, orang Nasaret? Adakah Engkau mahu
membinasakan kami? Aku tahu siapa engkau: Engkau utusan yang suci daripada
Allah!” 25 Yesus menengking roh itu, “Diam! Keluarlah daripada orang ini!” 26 Roh
jahat itu menggoncangkan badan orang itu dengan kuat-kuat, lalu keluar dari
orang itu sambil berteriak. 27 Semua orang sangat hairan sehingga mereka
bercakap sesama sendiri, “Apakah ini suatu ajaran baru? Orang ini berkuasa
memerintah roh jahat dan roh jahat taat kepada-Nya!” 28 Demikianlah berita
tentang Yesus tersebar cepat ke seluruh negeri Galilea. (Markus 1:21-28)
Khutbah:
Rumah ibadat adalah tempat sembahyang orang Yahudi. Di
sini kamu boleh nampak imam berdoa, orang Farisi yang memakai jubah dan
umat-umat Judaisme yang datang menyembah Tuhan. Dari bacaan tadi, kami dapati
Yesus pergi rumah ibadat menyembah Allah Bapa, dan juga memberi Khutbah kepada
jemaah. Apabila Tuhan Yesus mengajar, orang yang mendengar berasa kagum sebab
ajrannya tidak sama dengan orang lain. Apa yang dicakap oleh Yesus penuh dengan
kuasa dan kewibawaan. Bukan sahaja ia menggoncangkan hati manusia, tetapi ia
juga menggoncangkan hantu yang rasuk seorang pada masa itu.
Mengapa ajaran Yesus boleh menggoncangkan hati orang? Ini
adalah kerana Yesus diutuskan oleh Allah Bapa untuk mengkhabarkan berita baik.
Kandungan berita baik ini adalah berkenaan pemerintahan Tuhan dan kerajaanNya
yang akan muncul pada satu hari nanti. Ajaran Tuhan Yesus tidak sama dengan
orang di dunia ini. Orang biasa hanya tahu cakap apa yang wujud di dunia ini
dan tidak lebih daripada itu. Akan tetapi, Tuhan Yesus cakap tentang apa yang
tak dapat dilihat dalam dunia ini, tetapi yang akan wujud pada masa akan
datang. Cara Yesus mengajar mudah difaham. Dia menggunakan benda yang dapat dilihat
di dunia ini untuk menerangkan benda yang tidak dapat dilihat di syurga Tuhan. Oleh
Kerana ajaran Yesus adalah terus daripada Tuhan, maka firma Allah penuh dengan
kuasa sampai satu tahap hantu yang rasuk manusia pun tidak tertahan, ia buat
kacau dan Tuhan Yesus suruh ia keluar daripada orang itu.
Saya masih ingat 20 tahun yang lalu, saya pergi sebuah
gereja untuk berbakti. Selepas padre habis memberi khutbah, dia pun berdoa.
Pada masa itu, saya dengar suatu bunyi yang kuat dan bising, ada seorang pemuda
jatuh dari kerusi. Saya berasa hairan dan buka mata. Saya nampak seorang pemuda
terbaring di atas lantai dan pusing badannya seperti seekor ular. Pada masa
yang cemas ini, padre tahu ini adalah kerja Syaitan dan dia pun suruh semua
orang berdoa. Dengan hati yang berdebar, saya berdoa bersama-sama dalam nama
Tuhan Yesus dan menyuruh roh jahat itu keluar dan tidak boleh masuk badan
sesiapa pun. Pada masa itu, saudara-saudara berdoa dengan semangat yang kuat.
Ya, Kristian hari ini bukan sahaja mempunyai hak istimewa
menjadi anak-anak Tuhan, tetapi Dia juga memberikan kuasa untuk menghalau roh
jahat ataupun Syaitan dari muka bumi ini. Yang penting, kita mesti sentiasa
mengamalkan hidup suci sebagai seorang Kristian, membaca firma Allah dan berdoa
supaya kita berdekat dengan Yesus setiap hari. Hanya dalam keadaan ini, kita
akan menjadi seorang yang kuat dalam iman, tidak takut apa-apa pun termasuk roh
jahat, hantu ataupun Syaitan. Kalau kita tidak mengamalkan kehidupan Kristian
yang suci, kita akan berasa Yesus jauh daripada kita. Dengan keadaan begini,
kita tidak akan memperolehi kuasa dari Tuhan untuk menghalau Syaitan, sebab ia
tidak takut dengan kita. Sebaliknya, kita sendiri yang takut akan kerja Syaitan.
Saya harap kehidupan kita semua adalah suci, mempunyai kuasa daripada Tuhan
untuk memenangi kuasa Syaitan dan bukan takut kepadanya.
Dari firma Allah yang kita baca tadi, kita ketahui bahwa
orang yang dirasuk hantu itu hidup seperti orang biasa. Dia boleh makan dan
minum, boleh berjalan di dalam pekan, seperti kamu and saya. Akan tetapi, dia
telah hilang kebebasan dalam rohaninya. Ada kala, dia cakap cerita yang
bukan-bukan dan buat perkara yang tidak siuman. Ini menunjukkan hidupnya telah
dikuasai oleh Syaitan. Macam mana kehidupan kita hari ini? Adakah kita
mempunyai kebebasan rohani dalam hati kita. Bolehkah kita dapat menikmati
segala keamanan dan kegembiraan yang diberikan oleh Tuhan? Kalau ada, kita
bersyukurlah kepada Tuhan, dan berdoa kepada Yesus supaya kita dapat meneruskan
kebebasan rohani ini. Jangan menjauhi kita daripada Tuhan. Sebab bagi orang
yang jauh dari Tuhan, ada kemungkinan besar dia menghadapi kacau-bilau dalam
hidupnya, bukan sahaja dari segi fisikal tetapi juga rohani. Orang sebegini
tidak akan berasa aman dan gembira. Dia akan mengalami penderitaan dalam
hidupnya pada suatu hari nanti.
Harap Tuhan membuka mata kita supaya kita dapat lihat
kebebasan rohani Kristian adalah berasal dari Tuhan sendiri. Kuasa Tuhan telah
menghalau kuasa Syaitan dan Iblis daripada hidup kita. Oleh itu, kita mesti
mengekalkan kebebasan rohani ini melalui membaca firman Tuhan, berdoa kepada
Yesus dan datang berbakti di rumah Tuhan. Dengan cara ini, kita dapat kuasa
Tuhan untuk mengkhabarkan berita baik kepada orang lain dan menghalau kuasa
Syaitan daripada orang-orang yang dikuasainya!
No comments:
Post a Comment