Bacaan Injil:
29 Yesus dan pengikut-Nya, termasuk Yakobus dan Yohanes,
meninggalkan rumah ibadat itu lalu terus pergi ke rumah Simon dan Andrea. 30 Ibu
mentua Simon sedang terbaring di tempat tidur kerana demam. Apabila Yesus tiba
di situ, Dia diberitahukan hal itu. 31Yesus menghampiri ibu mentua Simon,
memegang tangannya lalu menolong dia bangun. Demamnya hilang dan dia pun mula
melayani mereka.
Khutbah:
Sebelum saya diutuskan oleh Biskop Lim ke Johor
untuk pelayanan gereja, saya pernah melayani Gereja Christ Church dan jemaah
Kem Terendak selama setahun. Saya masih ingat pada tahun 2006, seorang anggota
gereja bertanya bolehkah melawati kawannya? Dengan segera saya jawap
boleh walaupun saya sibuk, kita harus meluangkan masa untuk orang lain
terutamanya orang yang perlukan Tuhan Yesus!
Apabila tibanya masa yang ditetapkan, saya pun pergi
melawati kawan saudari itu. Saya agak terharu melihat keadaan kawan saudari,
dia adalah seorang wanita tua yang berumur 72 tahun. Oleh
kerana sakit badan yang berpanjangan, dia terpaksa terbaring di atas kerusi di
dalam biliknya. Mukanya pucat dan tidak bersemangat, tangan dan kakinya
bengkak, tidak boleh berjalan, disebabkan sakit kencing manis yang serius!
Semasa bertemu, ucapan yang dia berikan kepada saya bukan
“Selamat Pagi”, tetapi kata-kata yang sedih dan negatif “Saya sudah tua, banyak
sakit, tidak berguna.” Melihat keadaan begini, saya ketahui orang tua ini telah
hilang semangat hidup, walaupun dia sembah dan beri doa kepada satu patung berhala
di rumahnya, tetapi dia tidak dapat keamanan jiwa dan
makna dalam kehidupannya. Saya mengambil kesempatan mengkhabarkan berita baik
kepada dia.
Saya cakap tentang kasih Tuhan, bagaimana Tuhan Yesus
datang ke dunia ini untuk menyelamatkan manusia, dan pada masa akan datang kita
akan bersama-sama Tuhan di Syurga, di sana kita akan menikmati hidup kekal dan
abadi. Syurga adalah suatu tempat yang penuh dengan cahaya Tuhan dan kegembiraan
rohani. Di situ tiada kegelapan, tiada kesakitan, tiada kesusahan, tiada tangisan
dan keluhan yang kita alami di dunia ini.
Setelah berkongsi firma Tuhan selama setengah jam, saya
mengajak wanita itu mempercayai Tuhan Yesus, dia membalas dengan hati yang
terbuka. Saya memimpinnya dalam doa bertaubat, saya berdoa satu ayat, dia pun
mengikut satu ayat. Selepas doa, wanita itu kata hatinya berasa amat senang dan gembira, tidak pernah
mengalami perasaan yang manis sebelum ini. Saya tumpang gembira dengan dia dan
bersyukur kepada Tuhan sebab Roh Kudus telah mengerjakan motivasi dalam hatinya.
Dia berazam datang berbakti di gereja Christ Church dan dibaptiskan oleh Padre.
Saudari yang saya sebut tadi mempunyai peluang untuk
mempercayai Tuhan Yesus adalah kerja Roh Kudus. Selain daripada itu, saudari
gereja saya pun memainkan peranan yang penting dalam penyelamatan kawannya.
Jika saudari gereja tidak meluangkan masa untuk menjenguk kawannya, dia akan
terbaring di kerusinya sehingga hari yang terakhir sekali.
Dari petikan Injil yang kita baca tadi, kita mendapati
bahwa Simon Petrus membawa Tuhan Yesus ke rumah ibu mentuanya yang sakit teruk.
Ini adalah satu tindakan yang wajar dan mustahak. Tuhan Yesus bukan sahaja
kasihkan pengikut-pengikut-Nya, Dia juga kasihkan semua ahli keluarga pengikut-Nya
dan suadara-saudara pengikut sendiri. Kita mesti tahu Allah Bapa telah janjikan
dalam Firman-Nya, “Apabila anda mempercayai Yesus, seisi keluarga anda akan
diselamatkan.” Dengan janji Allah ini, ibu mentua Petrus menjadi seorang wanita
yang diberkati Tuhan, badan yang sakit dapat disembuhkan dan rohnya juga
diselamatkan oleh Tuhan Yesus.
Sekarang ibu mentua Petrus penuh dengan semangat sebab
dia mempunyai hidup kekal dan abadi dari saat itu. Semasa dia sakit, dia hanya
boleh dilayankan oleh orang lain. Akan tetapi, setelah dia disembuhkan oleh Tuhan
Yesus, dia terus bangun dan terus pergi ke dapur menyediakan makanan dan
minuman untuk Yesus dan pengikut-Nya. Ini adalah suatu contoh yang baik.
Padahal ibu mentua Petrus boleh pesan orang di rumah melayan tetamu, sebab dia
baru pulih dari demam dan perlu rehat yang secukupnya. Dia tahu melayani Tuhan
adalah suatu perkara yang bermakna dan penuh dengan kegembiraan.
Bacaan Injil pagi ini memang memberi galakan dan motivasi
kepada kita semua. Tuhan Yesus bukan sahaja sayangkan kita, Dia juga sayangkan
saudara kita, kawan kita, jiran kita dan sebagainya. Marilah kita mengikuti
contoh Petrus bagaimana dia mengajak Yesus ke rumah ibu mentuanya, mengharapkan
Yesus mengkhabarkan berita baik kepadanya. Kami bersyukur kepada Allah Bapa,
bukan sahaja ibu mentua Petrus disembuhkan serta mendapat hidup kekal dan
abadi, dia juga merebut peluang untuk melayani Tuhan Yesus.
No comments:
Post a Comment